7979
2023-12-26 11:30:37
Open
Shafie bin Wahab
Pelancongan, Wang Kelian
26 December 23
2023-05-23
Malaysia
Black and white
Bernama
Projek dokumentasi ‘Wang Kelian - Lembah Yang Kian Hilang’ dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan dan merancakkan industri ekopelancongan di negeri ini, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah projek yang dilaksanakan dengan sokongan Think City, The Habitat Foundation serta Jabatan Perhutanan Negeri Perlis itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, selain menghargai kepelbagaian biologi serta alam semula jadi Wang Kelian dan Kaki Bukit, yang juga merupakan sebahagian daripada rizab Taman Negeri Perlis.
“Menerusi projek ini keindahan alam semula jadi, keunikan kepelbagaian biologi serta keistimewaan warisan sejarah tempatan Wang Kelian, Kaki Bukit dan Taman Negeri Perlis dapat dizahirkan di dalam bentuk penerbitan buku, pameran dan juga filem dokumentari,” titah baginda ketika merasmikan projek dokumentasi Wang Kelian - Lembah Yang Kian Hilang di sini hari ini.