7810
2023-12-10 12:36:50
Open
Muhammad Fazlizan bin Abd Ghani
Agama Islam, Akidah dan Syariat
10 December 23
2023-12-10
Malaysia
Color
Harian Metro
Muncul mutakhir ini segelintir pihak yang menjaja jenama 'akidah Salaf', namun dalam agenda mereka turut menyesatkan akidah majoriti ulama Islam yang berfahaman Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ) al Asyairah dan al-Maturidiyyah. Jika as-Sayyid Abu al-Hasan Ali an-Nadwi dalam buku Surotan Mutadhaddatan menempelak golongan Syiah kononnya selepas kewafatan Nabi SAW, majoriti sahabat RA murtad kecuali empat orang sahaja. Walhal sebenarnya dakwaan tersebut mengandungi penghinaan terhadap Nabi SAW, seolah-olah baginda gagal mendidik sahabatnya selepas berpenat lelah menggembleng usaha dakwah dan tarbiah selama 23 tahun. Maka, begitu juga golongan ekstremis Wahhabi yang mendakwa majoriti ulama Islam
menyimpang daripada akidah Salaf, seolah-olah ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas mereka.