7845
2023-12-12 10:42:34
Open
Shafie bin Wahab
KKM, Pencemaran
12 December 23
2023-04-26
Malaysia
Black and white
Bernama
Susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam
produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Indomie Perisa Ayam Spesial, Kementerian
Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pihak syarikat untuk membuat penarikan balik
secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch yang mempunyai
tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran Malaysia.
KKM juga telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi
produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran Indonesia di semua
pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk
terlibat dari pasaran.