2770
2022-06-12 11:01:42
Open
Fazlizan bin Abd Ghani
Terengganu, Perlancongan Terengganu
08 April 21
2021-10-11
Malaysia
Terengganu
Black and white
Sinar Harian
Kuala Terengganu
KUALA NERUS - Sebanyak 11 monumen mercu tanda terkenal dari negaranegara ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong, Terengganu
melalui satu projek khas iaitu The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark' yang akan dilancarkan pada Jun depan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelancaran mercu tanda itu diadakan sempena penganjuran Seminar ASEAN
mengenai Pemeliharaan dan Perlindungan Warisan Budaya Bawah Air pada 15 hingga 19 Jun nanti.
Beliau berkata, projek di bawah Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu akan memaparkan sebanyak 11 monumen mercu tanda dari setiap negara ASEAN yang ditempatkan di dasar laut pada kedalaman 10 hingga 15 meter.